Seorang pemuda yang dikenali sebagai Sudir menjadi mangsa terbaharu insiden maut dibaham harimau di Indonesia.
Ketika kejadian pada Selasa, mangsa bersama empat rakannya sedang mengumpul daun nipah untuk digunakan bagi membuat atap rumah kampung namun malang tidak berbau apabila dia dibaham oleh seekor harimau Sumatera di Taman Negara Sembilangdi sini, jelas pegawai taman berkenaan, Afan Absori.
Harimau Sumatera itu dikatakan telah membaham mangsa sehingga maut dengan meninggalkan kesan gigitan di seluruh badan mangsa, kata pihak berkuasa pada Khamis .
Kumpulan itu dikatakan sedang bersiap untuk meninggalkan Taman Negara Sembilang di kepulauan Sumatera selepas waktu malam, namun mangsa yang berumur 25 tahun kedengaran menjerit dipercayai kerana diserang harimau tersebut.
Rakan mangsa, Afan berkata kumpulan mereka melihat seekor harimau mendekati Sudir dan rakannya yang lain melarikan diri bagi mendapatkan bantuan dari penduduk yang tinggal berdekatan.
“Namun selepas mereka kembali, harimau tersebut telah hilang dan telah membaham Sudir,” tambahnya.
Terdapat beberapa kes sejak tahun kebelakangan dimana harimau membaham mangsa di Indonesia terutamanya di kawasan habitat haiwan itu yang musnah dan lebih terdedah kepada manusia.
Sudir disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata pihak taman negara selain memberitahu bahawa mereka tidak sepatutnya berada di kawasan tempat terjadinya serangan kerana ia merupakan kawasan larangan.
Harimau Sumatera merupakan spesis terancam bawah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (WWF) yang kini hanya wujud sekitar 400 ke 500 ekor sahaja.
Taman Negara Sembilang merentasi pesisiran pantai timur Sumatera dan merupakan habitat kepada pebagai haiwan eksotik seperti gajah, ungka dan harimau akar.
Agensi
Thu Jan 12 2017
Harimau Sumatera merupakan spesis terancam bawah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar yang kini hanya wujud sekitar 400 ke 500 ekor sahaja. - Gambar fail
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Kanak-kanak dua tahun dibaham buaya, hanya tinggal tengkorak
Rom Roath terjatuh ke dalam kandang buaya peliharaan keluarga sebelum dibaham reptilia itu.
Warga Indonesia maut dibaham buaya di Miri
Mangsa Muh Tahir Majid Syam, 40, telah keluar bersama anak saudaranya Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, mencari ketam di sungai berkenaan di dua lokasi berbeza.
Hilang dua tangan dibaham harimau
Seorang pekerja sarkas di Guatemala hilang kedua-dua belah tangan selepas dibaham harimau sewaktu memberi haiwan tersebut bekalan minuman harian.
Lelaki Indonesia maut dibaham harimau Sumatera di Taman Negara
Harimau Sumatera itu telah membaham mangsa sehingga maut dengan meninggalkan kesan gigitan diseluruh badan mangsa, kata pihak berkuasa pada Khamis lapor AFP.
Pemuda hilang di sungai, dipercayai dibaham buaya
Seorang lelaki hilang selepas dikhuatiri dibaham seekor buaya semasa beliau bersama dua rakannya sedang mandi di Sungai Rimbas, Kampung Babu, Betong, kira-kira 250km dari sini, hari ini.